Baru baru ni aku ada terbaca sebuah blog...
Kesian kat si penulis...
Suaminya dah meninggal dunia...
And dia sekarang besarkan dua orang anak yang berumur 3 dan 1 tahun...
Subhanallah...
Mesti lebih besar cabaran hidup dia...
Terbaca satu entry dia yang buatkan aku betul betul tersentuh...
Kisahnya simple tapi some how aku bole relate dengan dia...
Dapat rasa perasaan dia...
Dapat rasa kesedihan dia...
Kisahnya lebih kurang begini...
Satu hari dia pegi kedai untuk breakfast...
Dia order roti bakar...
Tetiba masa makan air mata dia menitik...
Kerana rasa rindu pada suami dia tiba tiba datang...
Terkenang kembali sewaktu hayat suaminya...
Dia selalu breakfast roti bakar bersama...
Tu yang menyebabkan dia sebak...
Mungkin bagi orang yang tak faham akan cakap...
Hapelah ngada ngada sangat...
Makan roti bakar pun nak nangis ke??
Tapi bagi yang melaluinya...
Makan roti bakar bersama orang yang tersayang tu lah saat yang paling mebahagiakan...
Aku yang duduk jauh dari Enchek Hubby ni pun...
Turut merasa kehilangan...
Bayangkan...
Tengok jalan yang aku selalu ikut dengan Enchek Hubby...
Aku boleh jadi sebak...
Beli makanan kat restoran yg selalu aku beli makanan untuk Enchek Hubby pun...
Boleh jadi sebak....
Tengok Econsave pun boleh jadi sebak tau.... uhuhuuu...
Sesungguhnya hidup berjauhan ni memang menyebakkan...
Memula aku pernah rasa diri ni macam dah tak siuman...
Rasa sedih yang melampau...
Rasa sebak yang tak tentu pasal...
Tapi bila terbaca kisah sahabat ni di dalam blog beliau...
Nampaknya aku tak kesorangan...
Ada jugak insan yang rasa apa yang aku rasa...
Cuma aku masih beruntung...
Terpisah tetapi masih boleh bertemu...
Sahabat ini??
Terpisah hingga bertemu lagi di sana... InsyaAllah...
UHuhuuu....syahdu
Aku doakan yang terbaik sahaja untuk sahabat ini...
Moga dia tabah dan sabar mendidik dan membesarkan anak anak beliau tanpa kehadiran seorang ayah...
Dan bagi aku??
Allah beri ujian ni supaya aku tidak leka dan lupa...
Bahawa apa apa sahaja yang bersifat duniawi memang tidak akan kekal...
Perpisahan sementara ni mengajar aku supaya sentiasa bersedia dan redha...
InsyaAllah... ia menjadikan aku lebih kuat...
Semangat Raihan!!!
Proof of onward travel
9 years ago

0 comments:
Post a Comment