Saturday, July 31, 2010

Hikmah disebalik kejadian

Berakhirlah hari penuh controversy yang menyebabkan mood haku spoilt sepanjang minggu.....



Ye, aku telah dengan jayanya, menghadirkan diri ke program 2L itteww.......


Adalah melaporkan, it was not as bad as I thought it would be.....................cumenyee...... aku tetap dan masih bengang lagi kepada sesapa yang berkenaan yang memilih aku sebagai calon untuk pegi ke program ni.......


Let time heals the wound...........hopefully! (tapi sebenarnya haku dah sejuk pon, saje je nak wat entry dramatic sket.....ekekee)


Aku pegi sana lewat sket, besalah ati tak berapa nak ikhlas khenn. Sebelum pegi amik Kak Azah dolu kat umah dier....


Sampai je ke tempat yang dimaksudkan, kitorang intai-intai dari luar, acara senam robic dah pon bermula. Lepas daftar je, terus join senam robic ittew. Makanya, buleh la nampak gelagat manusia-manusia terkinja-kinja umpama penari professional yang jika dirakam nescaya Linda Jasmine gulung tikor......muahahaaa......


Haku pun takder la terror menor bab-bab senam robic nih, belasah jewwww, janji bergerak.


Lepas habih je acara menari beramai-ramai secara gaya bebas dengan sesuka hati, terus je kitorang menuju ke dewan terbuka untuk upacara perasmian. Pehhh....lama gak dengor orang yang merasmikan ni bercakap. Termasuk lah seorang pegawai kesihatan a.k.a doctor, yang macam naik sheikh biler dapat mic. Punyalaa panjang ucapan dia, ngalahkan nak berkempen untuk pilihanraya.....


Tamat je ucapan-ucapan mereka yang berkenaan ittewww.....maka sesi yang haku geruni pun bermula....ye, sesi pemeriksaan kesihatan.


Aku ni takdelah takut sangat nak check tahap kesihatan aku, sebab aku tau, so far aku memang takde masalah kesihatan, Alhamdulillah.


Tapi yang aku takutkan ialah..........................sesi penimbangan berat badan!


Adeh, nak tak nak, aku pun cekalkan hati dan tebalkan muka pegi membuat pemeriksaan kesihatan ittew. Sib baik orang tak berapa ramai. Jadinya, jika berat badan haku menjadi urban legend di Yong Peng ni, sekurang-kurangnya citer dia tak lah tersebar dengan secara meluas........uhuhuuuu


Sambil haku menunggu giliran untuk wat check up, aku pun belek-belek la kad merah yang derang bagi untuk record haku punya result check-up arini. Siler la tahu bahawa................. sesi hari ni adalah untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas!!! Patutlah, MA kata, cikgu sekolah dia yang terpilih, sumernya berumor 40 ke atas.


Jadi, haku rasa sangatlah...............................&*^&$^(#@#$!!!!!


Tapi sebab aku dah beratur kan..............aku teruskan jugak lah periksa apa-apa yang patut!


Seperti besa, sumer okay cept for haku punya BP la. Slightly high. Tapi memang BP haku salu macam ni pon. Kalau jumpa doctor, doctor akan cakap, memang expected my BP to be slightly high sebab haku punya berat badan kan. So, haku takdelah riso sangat. Apa pun, usaha sedang dijalankan supaya aku boleh dapat BP normal 110/70, insyaAllah.


Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Giliran untuk mengecheck berat dan kandungan lemak dalam badan. Adehhhh......berat berat.....memanglah haku berat. Ditambah lagi dengan orang awam yang jugak berada disitu, maka bertambahlah lagi tahap keberatan haku!!


Once, aku naik je kat ataih menatang itteww.....sumer nightmare haku ter reveal. Yeee, berat, tinggi, BMI dan kandungan lemak dalam badan sumer ada. Malu....malu....memang aku malu!!!


Berat haku ialah.......................isyk, mana leh bagitau........ muleh pingsan tau bakal suami haku kalau dia tau....hahahahaaaa.........(ntah sapa-sapa ntah!).


Tapi yang bestnye.....berat aku yang sebenar adalah tak sama ngan scale haku di rumah. Ternyata (ternyata tauuu....hahaha) haku lebih ringan dari scale aku di rumah. Dulu, masa aku timbang kat office Matron Norsiah, berat sebenar haku adalah lebih berat dari apa yang ditunjukkan di rumah.


Makanya.........rasanya sudah sampai masanya haku lupus kira aje scale aku tu dan beli baru....huh!!


Apa pun, ada gak sesuatu yang best datang dari program arini, walaupun aku mula-mula sangatlah rasa tak best untuk pergi. Bak kata nenek haku la, behind every cloud has its silver lining. Eh, bila masa plak nenek aku cakap omputeh ni? Ekekekee......


Jadi......usaha menurunkan berat badan, wajib diteruskan!!!!










Thursday, July 29, 2010

Jiwa kacau!

Today’s entry adalah mengenai luahan hati ketidakpuasan hati seorang wanita bernama Raihan.



Kenapa orang terlalu obsess mengenai BERAT BADAN? Apakah yang menjustifikasi kecantikan? Kenapakah kecantikan sering dikaitkan dengan berat badan?


Benarkah orang yang kurus itu cantik dan orang yang gemuk itu hodoh?


Apsal banyak sangat soklan kakak sorang nehh??? Ngeh ngeh ngehh.....


Kadang-kadang aku dah macam malas nak pikir mende-mende yang remeh macam ni. Tapi disebabkan aku ni tergolong di dalam golongan mereka-mereka yang comey, maka setiap hari aku tak boleh elak daripada berhadapan dengan masalah disebabkan berat badan aku.


Masalah yang haku maksudkan ni bukanlah mengenai tahap kesihatan aku. Bukan jugak sebab aku tak leh pakai baju saiz 4. Jugak bukan sebab aku selalu rasa lapar tak kira waktu.


Sebab kadang-kadang................


Ianya datang dari orang-orang yang memang tak boleh, atau pun terlalu allergic, atau pun menyampah memandang makhluk-makhluk comey macam aku ni.


Sepertinya.......................


Kalau ternampak, tertengok, terjeling, terpandang manusia seperti haku, rasa macam........eeeeeeeeee....apsal nampak pulak ni?? Sakit, sakit sakitttt ati haku tau. Spoil mood! Mungkin itulah yang ada di hati dan fikiran mereka (gamaknye ler).


Walaupun, aku tak pernah pun ganggu idup mereka. Walaupun, aku tak pernah pun usik keluarga, adik-beradik, bopren, tunang, suami, jiran, rakan sekerja, Cina jual ikan, mamak mee,........................................mereka.


Golongan ni masih tak puas ati dengan orang yang macam haku ni. So, aku sendiri pun tak paham kenapa?


Why? Why? Why???


Bukankah masalah berat badan tu masalah aku? Kenapa pulak mereka ni yang susah ati? Bukankah yang nak kene diet, catu makan, jogging, aerobic, angkat berat, tambah berat tu sumer masalah aku?? Kenapa plak diorang ni yang suka pretend-pretend amik kisah?


Oleh itu, disebabkan orang-orang macam ni lah........


Sekonpiden mana pun makhluk-makhluk macam haku ni dengan berat badan sendiri, somehow, tetap akan rasa insecure. Ada hari kita akan rasa okay, dan ada hari kita akan rasa macam a complete and total L.O.S.E.R!!


Siler lah faham bahawa........


Takde orang yang mintak nak jadi macam ni.

Tapi, tak pernah terfikirkan derang-derang ni yang setiap kejadian manusia ni tidak ada yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tak terlintas ke kat kepala otak derang, yang ini jugak adalah salah satu bentuk ujian dari Allah kepada hamba-hambaNya. Dan hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapat ujian dariNya. Jugak, hanya mereka yang redha dan bertawakal sahaja akan mendapat ganjaran pahala dariNya.


So, apa yang nak aku war-warkan di sini ialah...............


Please stop making people feel so insecure about themselsves. Remember, if you’re not perfect, then nobody is. (tu dia mode speaking London sudah mai).


Nota kaki : Rasa kecewa bila orang suka menilai luaran seseorang sahaja. Renung-renungkanlah.....






Lepas seksa....

Bebudak aku baru je sudah jawab UPPM....

Boleh tahan susah gak soalan dia......sian bebudak aku...

Tapi takpe, yang penting yu ols sumer dah wat yang terbaik................pape pun result yang akan diperoleh, harap-harap dapat menjadi pembakar semangat untuk yu ols buat yang lebih baik masa pekse UPSR sebenar nanti....amin =))

Tcer sentiasa mendoakan kejayaan kamu!

Adalah mengumumkan...............

Era pening dan migraine akan mengattack malam ni sebab kene marking paper my beloved pupils.......uwaaaaa!!



tuuttttt...............

Tetiba je haku rasa bengang yang hamat!



Hangin dah naik satu badan nehh......


Kisah bermula begini....


Ari Rabu adalah ari yang paling aku ske........sebab........ arini aku paling sket mengajar, 3 period je. Ditolak ngan 1 waktu kelas Year 6, sebab minggu ni dah start guna jadual anjal, so tinggal 2 period ....... sangat heaven, hokayy!!!


Dan...dan......


Pagi-pagi lagi dah ujan.....so, nyamannn jeeeeee =)). Sesuai bagi mereka yang mengamalkan teknik hibernasi secara kerap, macam haku!


Tapi........


Sedang aku menunggu untuk masuk ke kelas paling akhir, tetiba GPK HEM aku mai bawak memo suwuh tanda tangan. Memula, aku ingatkan memo besa-besa je, rupa-rupanya tu memo untuk pegi majlis anjuran Pejabat Kesihatan.


Majlis tu tajuknya 2L........


Siler lah paham 2L tu stands for Lawa Langsing.


Langsing hokayyyyyyy......................!


Pastu aku cek memo tu, tengok senarai nama orang-orang yang kene pegi....... Adalah mengumumkan, semua yang pegi terdiri dari mereka-mereka yang ‘gagah perkasa’!


Tetiba aku rasa macam teraniaya.......sebab


Aku tengok dalam surat edaran Pejabat Kesihatan tu takde plak kata nak suwuh mereka-mereka yang ‘gagah perkasa’ je pegi. Jadi maknenye hape?


Patutkah haku maki hamun je kepada sesiapa yang berkenaan?


















Tuesday, July 27, 2010

Mission Accomplished!

Syok betul biler plan semalam menjadi!



Biler, aku parked kete je kat depan umah MM, haku dah dengor dia menjerit dari dalam umah. Hahahaaa…..teror betui aku jadi surprise planner ni.


Sebenarnya semalam lepas balik skul, MA bagitau dia takleh join, sebab dia kene pegi JB. Makcik dia sakit.


So, aku terpakselah came up ngan plan B. Inilah risikonya kalau wat surprise. Kene selalu expect the unexpected. So, akal kene panjang. Kalau tak, mesti tak jadi punya.


Plan B, called Ckin ajak dia join. Ekceli, Ckin ni pun my BFF gak. Roommate tym kat maktab dulu. Dulu masa kat maktab, bilik aku ada 4 orang (MM, Ila, Ckin and haku). Turned up, bila posting, empat2 dapat Johor. Aku, MM and Ckin dapat Batu Pahat, cuma Ila je dapat jauh sket, kat JB nu. Tapi sekarang ni dia pun dah dapat transfer Muar, so, takdelah jauh sangat.


Aku sekarang jarang ajak Ckin to be my partner in crime sebabnya, dia dah kawin and baru je dapat baby. So, paham-paham je la, orang dah kawin ni kaki memang kene ikat sket.


Tapi semalam, lepas MA cancel, ntah kenapa hati aku suwuh call Ckin. Biler citer kat Ckin pasal plan aku, dia pun terus excited and fortunately, husband dia izinkan dia kuar.


So, aku suwuh dia terus pegi Secret recipe, order carrot slice (MA fav’s cake) and tunggu sampai kitorang datang. Yang aku plak, pegi fetch MM and bawak dia ke tempat yang dirancang.


Berbalik kepada kejadian si MM menjerit-jerit macam die hard fan Justin Bieber biler nampak haku, aku pun dari gate umah dia, terus je wish, “Happy Birthday!.................. surprise tak??”


Biler melangkah masuk umah dia, aku tengok macam ada small gathering. Rupa-rupanya jiran tetangga MM datang meraikan besday dia. Tengok tu, sangatlah mesra alam bff aku sorang neh. Sampai besday dia pun jenjiran leh datang celebrate.


Tapi……..


Masalah plak ngan plan aku. Camne nak kidnap MM kuar ni?? Takkan nak halau jenjiran dia kuar plak? Aduhhh, masalah….masalah….


Sib baik, MM ni macam paham-paham je kata hati aku, dia terus tanya, “Ko nak ajak aku kuar ke ni?”. Lantas aku pun tanpa segan silu menjawab, “Ya!”


5 minit pastu, jiran dia pun macam paham je cue and gesture aku nak suwuh derang balik, terus mintak izin nak balik. Tapi akak tak halau eh!


Lepas MM siap, which BTW took forever! Aku pun terus pecut ke Secret. At this point dia still tatau yang Ckin was part of the plan. Dia suspect hanya kitorg berdua je kuar malam semalam.


Sampai je Secret, aku cue Ckin, terus je yelled “Surprise!” Well, takdelah sampai menjerit. Tapi hampir ke arah itu la. Again, MM terkejut. Air muka dia memang priceless lah!


Pape pun, dalam masa yang singkat tu sempat gak lah kitorang bersembang panjang. Sebab dah Maghrib, so kitorang pun terpaksalah cut short. Lagi pun Ckin tu bini orang woii….kang tak pasai-pasai berantakan lak…..nauzubillah!


Lepas makan kitorang pun berpisah. Ckin balik umah and aku pun bawak MM tengok muvi. Well, cerita? The Sorcerer’s Apprentice. Sebab aku dah review citer ni, so tak yah lah aku citer panjang lebar.


Then, antar MM balik umah, aku pun dengan cekalnya drive sensorang di malam yang hening. Alhamdulillah, takder mende buruk jadi. Aku sampai umah tepat jam 12.00…


Walaupun penat, it was a nice ending to a great day (mode speaking London sudah mai!)


















Monday, July 26, 2010

Birthday wishes to dearest MM


Arini ari terjadinya MM ke muka bumi. Tahun adalah rahsia kerana........korang ni sibuk je nak tau umur orang taw! Hahahaa.....

Tapi aku tak wish lagi, cos kunun-kunun nak wat surprise kat dia.

Plannya, petang ni nak raid umah MM tanpa memberitahu. Biorkan dia terkezut beruk.

So, dari pagi ni haku wat bodo je, takmoh kol, takmoh sms, takmoh fb, wish besday dia. Biorkan dia hengat makcik tak ingat besday dia.....hik hik....

Harap-harap menjadi ler plan ku arini. Niat suci murni (suci la sangat) selalunya diberkati, ye dak??

Pape pun MM, di hari dan pagi yang hening ni haku ingin memberitau bahwa, aku sangat sangat hamat appreciate your friendship. Thanks for always being there for me, come rain or shine. Thanks for being you. Thanks for accepting me the way I am. And most importantly, thanks for your great heart and kindred spirit.............luv you MM dearest =))

Harapan aku moga......

Kau bahagia selalu, dimurahkan rezeki sentiasa(boleh aku tumpang sekaki ;p ), dipertemukan dengan manusia-manusia yang boleh memberikan kau kebahagiaan dan dijodohkan dengan lelaki yang kau sayang.

Silerlah jangan speculate, cos aku straight yee...... Ni hanyalah satu appreciation from a friend to another.

Happy birthday dear, may you have tens more!








=))

Apakah??



Bila apa yang kita selalu mimpikan waktu tido, impikan di siang hari dan doakan selepas solat menjadi kenyataan......... Tetiba plak kita rasa takut untuk berdepan ngan reality....

Siler lah paham ni entry dalam ati ada taman..... ;))

Rasa macam nak lempang-lempang je muke ni, macam nak cobet-cobet je pipi ni, rasa nak cucuk-cucuk je pinggang ni, bagi memastikan kebenarannya.

Setiap minit asyik bertanya, “Betul ke ni??”

So, apakah??

Uhuhuuuuuu...........







Sunday, July 25, 2010

Lesson to be learnt....

Kelakar betui kejadian arini. Ingat-ingat balik, mungkin ada hikmahnya kut, mende ni jadi kat aku.



Arini, pagi-pagi lagi, lepas subuh dah kuar pegi jogging. Dah janji ngan member jogging haku Kak Jah. Macam besala kan.


Tapi arini dia suwuh amik dia kat umah, cos lepas tu kitorang bak pegi pasar kat Sri Medan.


Aku pun siap pegi cucuk duit lagi, kunun-kunun nak shopping ler khenn. Aku ni bab-bab mengabihkan duit memang terror! =))


Pastu terus pegi umah Kak Jah. Buleh la plak aku sesat nak cari umah dia. Isykk, jalan dalam kat Yong Peng ni sememangnya mengelirukan. Dah dok sini almost 3 tahun pun haku leh sesat lagi.


Sampai je umah Kak Jah, aku nengok kete and motor dia ada kat luar. Tapi dia takder pun nunggu haku depan pagar umah macam salu. Aku ni males nak hon umah orang pagi-pagi buta ni. Kang terkezut lak seluruh jiran tetangga kat Taman Selatan tuh.


So, aku pun terus je kol Kak Jah. Tapi anak bujang dia yang jawab. Anak dia kata, mak dia takder. Mana plak la orang tua ni? Janji suwuh haku amik dia, tapi dia plak dah pegi dulu.


Haku pun apa lagi, terus pecut pegi dataran. On the way ke dataran, dapat plak kol dari Kak Jah, kata yang dia terlewat bangun. So, dia suwuh aku pegi dulu. Hapelaa, anak dia buleh tak tau mak dia ada ke tak kat umah. Bertuah punye budak!


Aku pun jogging-jogging hippo la dulu sensorang kat dataran tu. Lebih kurang 10 menet baru Kak Jah sampai. Lepas jogging, agenda nak pegi ke Sri Medan harus diteruskan.


Sebelum pegi, amik Kak In kat Parit Yaani dulu. Sambil tunggu dia sampai kat simpang, hape lagi, bekpes nasi lemak dulu la jawabnya. Hahaa....penat je ko jogging Rehan!! ;p


Sri Medan ni sebenarnya kampong halaman Kak Jah. So, alang-alang dah sampai sini, dia ajak singgah umah kakak dia dulu. Nak amik sample kuih raya katanya. Kakak pada Kak Jah ni sebenarnya pengusaha kuih raya. Sedap tawww! Promo sket, wink wink ;) Makan lagiiii.............


Lepas tu baru menuju ke pasar. Sesampainya kat pasar, aku pun kuar kete ngan bergaya, tanpa rasa bersalah dan dengan hayunan langkah melenggang kangkong. Bila dah masuk pasar baru aku perasan yang aku tertinggal purse kat dalam kete. Pehhh.....nak menapak balik ke kete, agak hazab gak jauhnya. Sib baik ada dua orang bankers yang cantik dan murah ati (puji-pujian neh kasi kembang sket) ofer bagi pinjam duit derang dulu. Kalau tak, terpakse haku menapak balik ke kereta....uhuhuuu.....tak sanggup!


Dah lepas membeli-belah ngan jayanya, aku pun bertolak balik semula ke Republic of Yong Peng. Sebelum balik, singgah umah Kak Eton dulu sebab dia kirim beli ikan patin. Aku dengan rajinnya menghantar ikan tu sampai depan umah.


Dengan engine Jason masih idop, aku pun selamba je kuar kete. Maklumlah excited nak bagi ikan (excited la sangat!!). Biler dah bagi ikan, baru aku perasan yang aku lupa cabut kunci kete........uwaaaaaa...... dah ler si Jason ni autolock.


Pehhh........... sib baik la Kak Eton ada motor. Haku yang dah bertahun-tahun tak bawak motor ni, hape lagi, merempitlah balik umah dengan konpidennya sebab nak amik kunci spare. Sib baik dekat gak tau. Kalau jauh, maunya meraung aku dok kat sebelah Jason.


Sepanjang jalan aku berharap Tuan umah gedaung tak pegi mana-mana, sebab kunci umah aku pun tertinggal dalam Jason. Kalau tuan umah takde, harus aku bergolek-golek depan umah dengan gaya seorang yang putus haparan.


Sib baik la tuan umah ada. Dapatlah aku mencapai ittew kunci spare dalam umah and rempit balik ke umah Kak Eton.


Ermmm.......macam-macam jadi kalau kita kureeng berhati-hati. Macam aku ler tu. Harap-harap arini jadi pengajaran untuk aku. Pengajarannya ialah, sila lah buangkan autolock dalam system Jason, pronto!!!!










Saturday, July 24, 2010

Muhasabah diri....

Lagi dua minggu nak masuk Ramadhan. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, dapatlah aku bertemu lagi Ramadhan tahun ni.



Dengan izinNya juga, aku harap agar Ramadhan kali ni akan menjadi Ramadhan yang terbaik untuk diriku. Amin....


Bukan per, selama ni aku banyak dan selalu sangat lagha, lupa, lalai dan sengaja melakukan kesilapan dan dosa-dosa.


Moga tahun ni menjadi titik permulaan untuk aku terus memperbaiki diri...... =))


Kenapa aku wat entry ala-ala ustazah arini?


Sebab..............


Aku rasa, diri semakin tua....dan ajal semakin hampir. Agak ngeri statement di situ, tapi tu ler kenyataan setiap makhluk ciptaanNya. Semakin hari, kita akan semakin jauh meninggalkan kehidupan, dan semakin hampir kepada kematian. Terpulang kepada kita, bagaimana untuk menyiapkan diri menemuiNya kelak.


Mungkin..............


Masih banyak perkara yang ingin aku lakukan, tapi masih belum dapat aku lakukan. Atau mungkin sudah terlepas peluang untuk aku melakukannya. Apa pun, aku tetap redha di atas ujian dan ketentuanNya.


Kerana...........


Kalau kita terlalu memikirkan perkara-perkara yang kita tak dapat, atau belum dapat, atau terlepas daripada mendapatkannya.......kita akan terlupa kepada perkara-perkara yang kita ada. Oleh itu, aku mesti bersyukur dan yakin, bahawa semua yang diberikan untukku, adalah yang terbaik untuk diriku. Maka kalau aku tidak mau atau enggan menghargainya, nescaya, akulah orang yang rugi.


Ya Allah, dekatkanlah sentiasa hatiku untuk selalu mengingatiMu........aminnnn






Moment of truth

Next week UPPM 3 akan menjelma. Kepada guru-guru dari negeri Johor especially yang ngajor Year 6, tau la UPPM tu menatang hape.

Basically, untuk bebudak Year 6, every year ada 3 UPPM which stands for (Ujian Pengesanan Prestasi Murid). UPPM ni macam pre-UPSR trial la. Tapi last year, UPPM ni ada sampai 4 kali. Up until lagi 2 minggu nak UPSR kalau tak silap aku.

Kekadang kesian gak aku tangok bebudak sekarang ni. Banyak sangat kene wat peksa, banyak sangat ujian, dan banyak sangat latih tubi. Tu tak masuk lagi program-program kecemerlangan anjuran sekolah.

Memanglah practice makes perfect. Tapi terlalu banyak ujian atau peperiksaan, kadang-kadang aku nampak, lebih membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Ni pendapat aku lah kan. Len orang, len pandangan. Macam cikgu aku pernah bagitau, kalau kita dah bagi pendapat, takde orang berhak kata yang pendapat kita tu salah. Sebab tu pendapat kita, sukatilah kita nak pikir macam mana. Mungkin tu lah maksud ungkapan cikgu aku tu.

Berbalik pada tajuk UPPM, aku nervous sebenarnya. Salah satu sebab aku takmoh ajar Year 6 sebenarnya aku tak suker perasaan gelisah macam ni. Kadang-kadang aku rasa, aku yang lebih nervous daripada bebudak yang nak amik pekse. Apalaaa.....

Aku harap sangat bebudak aku boley wat yang terbaik. Macam-macam mende jadi tahun ni, lebih dasyat dugaannya dari tahun lepas. Aku berdoa, ada hikmah disebalik setiap ujian Allah untuk aku.

Apa pun, please pray for my pupils. They deserve to have the best. Tcer pun doakan akar kamu sumer berjaya dengan cemerlang. Amin...... =))

Thursday, July 22, 2010

The Sorcerer's Apprentice

Semalam tengok citer neh.






Sebab haku ni adalah peminat setia Jerry Bruckheimer production, so aku ada menaruh harapan yang sangat tinggi untuk ini muvi.


Tapi........


Agak keciwa lah, sebab ia tak menepati standard piawaian aku. Terasa macam Jerry dah banyak sangat duit and tatau nak wat apa ngan duit tu, so dia bikin la satu muvi yang ala kadar je secara keseluruhannya. Akak keciwa tau....keciwa!





Yelah, kalau kita tengok muvi yang bergenre macam ni, kita expect sesuatu yang magical, boleh wat kita khayal and kene ada elemen-elemen surprise yang mengkagumkan pandangan mata.






Siyusly, muvi ni hanya ada ‘jarang-jarang’ (siler baca dalam intonasi Nujum Pak Belalang) je unsur-unsur di atas, dan ianya terletak betul-betul kat atas garisan antara boring yang hamatt dan okay-okay je laaaa.


Filem fantasi yang dibuat dengan berlatar belakangkan abad ni, adalah sangat tidak bersesuaian. Kalau nak gak buat citer-citer macam ni, dalam abad ni, sekurang-kurangnya buatlah di dimensi len, macam citer Harry Potter tu.


Macam tengok citer Merlin kat TV pon ada gak. Tu la, maksudnya, muvi ni hanya layak untuk standard siaran TV je, bukannya silver screen.





Apa pun, ada gak la part-part yang okay, especially bab-bab lawak. Kira menjadi gak la.


Secara keseluruhannya......ermmmm....so-so


Review untuk The Sorcerer’s Apprentice (* * ½ *) dua setengah je la...


Kene marahh!

Alamak, arini kene smash arr ngan JU SMM daerah. Sebabnya, aku tak send lagi data terkini SMM sekolah aku kat derang...



Sebenarnya, memang salah aku pon. Aku yang saje je wat tatau pasal surat panggilan suwuh antor data dari PPD.


Last week, lepas dapat surat dari GPK HEM, aku peram surat tu wat pekasam. Tak tengok and tak baca pon langsung. Tarikh akhir penghantaran pon aku tak amik port.


Teruk betul la perangai aku ni kan!!


Tupp....tupp arini GB dapat call dari PPD, kata yang penyelaras SMM sekolah (aku ler tu), masih tak antar data terkini kat derang.


Apa lagi, GPK HEM aku terus suwuh aku settle ngan PPD ASAP.


Hahaaa....pada muke aku! Tu ler, salu sangat amik mudah mende-mende macam ni. Kunun-kunun busy sangat arr... Busy la sangat ko tu Rehan oiiii!


Siler la jangan ikut perangai buruk haku kali ni. Sekadar ingatan untuk diri sendiri....uhuhuuu =((


Wednesday, July 21, 2010

Pay day =))

Yahoo.....sok gaji!



Tatau la hape yang aku excitedkan sgt. Pada hal taw, duit tu sekadar smart tag jew kat akaun haku selama tak sampai pon 24 jam. Still, aku adalah sangat gumbira!


Tahun ni agak kurang hazab, sebab aku dah settle kan utang credit card awai tahun lepas. So, tak yah lah pikir nak agih-agihkan duit untuk bayor utang kad plastic ittew.


Tapi.....tapi....


Kerana terlalu merasakan diri agak terlalu mewah (kunun ler khennn), aku telah ter ‘swipe’ itteeww card plastic untuk membeli sebuah Mr. Ed.


Waduh....makanya, bermula lah semula era aku menyetel utang. Harap-harap berbaloilah ‘pengorbanan’ credit card haku kali neh.


Pape pun, I deserve to enjoy the fruits of my labour (wahhh speaking London taw!). So MA, ready to be my partner in crime tomorrow eh! =))


Tuesday, July 20, 2010

Makan...makann....makannnn

Minggu ni cuaca mendung je. Aku suke, tapi....... tapiii...... Cuaca begini menyebabkan aku rasa asyik nak makan jer...


It’s a disease! Tolong la, macam mana nak balik raya dengan bergaya ni.

Waduhhh...masalah...masalah!!

Monday, July 19, 2010

Apa nak jadi?

Arini sangap, banyak makan dan.....dan....dannn sangat windu pada Cik Bedah a.k.a Cik Bed (katil haku ler) kat umah.



Tak sabar nak balik dan golek-golek ataih Cik Bed. Kalau Cik Bed tu boley cakap, mesti dia dah jerit, “Bila ko nak kurus haa? Hazab haku tanggung ko hari-hari taw!”


Relax Cik Bed, kalau haku takde nanti ko kesunyian laks....ahakss! kasik wink sket ;))


Takde mende nak laporkan, cuma kerungsingan akibat kadar appetite yang meningkat secara mendadak sejak beberapa hari ni.


Hari ni aje aku dah bekpes nasi lemak + mee goreng + telur dan teh tarik. Kul 10 tym rehat mentekedarah lagi lontong. Uwaaa....camno ni??


Baru jer nak berchenta ngan Mr Ed, nampaknya hubungan kami masih belum serasi. Penat taw, akak berlari-lari hippo di atas Mr Ed. Kalau camni la tebiat (yes tebiat yeeee) makan haku hari-hari, alamatnya naik Mr Ed 8 kali sehari pon tak mendatangkan kesan.


Cano ni? Harus berubah! No, WAJIB berubah!


Penat je usaha ko selama 5 bulan ni Rehan woi, kalau ko nak balik ke takuk lama.


Pleaseeee....pleaseee kamu jangan makan! Uwaaaa....tulunnnnn haku nak kurus!


Sunday, July 18, 2010

Inception

Hengatkan minggu ni nak insaf, takmoh tengok muvi (kunun le khenn), tapi tup.....tup...



Pegi jugak merewang ke BPMall tuh....


Disebabkan mostly muvi yang now showing udah di tengok, makanya tinggal this one particular muvi lakonan Abang Leo menjadi pilihan...




Mula-mula agak sceptical of this muvi, sebabnya aku bukanlah peminat kipas susah mati (die hard fan) si Leo ni, never am and never was.



Nak agak-agak citer ni pasal apa pon tak dapat, sebab memang tak penah terlintas pon dalam nawaituku yang suci murni ni untuk amik tau. Lain lah kalau hero dia Ryan Reynolds, nescaya aku bole hafal storyline die dari A sampai Z......


So, masuk-masuk cinema tengok agak ramai orang menonton. Maybe malam minggu kot. Mostly, Chinese la yang ada, Melayu adalah 2-3 kerat, termasuk haku ngan MM la tuh.


Basically, (basically taw.....hahahaa) muvi ni pasai sekumpulan orang yang bermimpi. Yes, mimpi. Keje derang ni ialah menerjah mimpi orang lain. Lebih kurang macam ni lah, dalam keadaan bermimpi kunun-kunun kita leh masuk dalam mimpi orang dan letakkan idea apa yang kita nak orang tu lakukan.




Contohnya, kalau akak nak MM banje makan Tony Romas (aminnn......hahahaa....), akak buleh masuk dalam mimpi MM dan letakkan idea kat fikiran dia suwuh banje akak Tony Romas ngan seikhlas mungkin.


So, bila MM bangun tido, walaupun sumpah tak pernah pon terlintas nak banje haku walau kepok lekor singgit sekali pon, tetiba je rasa nak banje haku makan makanan mahal. Got it?? Haaa....kalau tak dapat korang pegi nengok sendiri la citer ni. Sebabnya, aku pun dah sampai separuh jalan baru boley paham jalan citer dia. MM lagi ler hareemm.....boley dia tido mase permulaan citer ni. Woi MM....tau la citer ni pasal mimpi, tak payah lah terlalu menghayati sampai ko pun nak mimpi gak.


Aparaa.....!




Apa pon, not bad la citer ni. Ala-ala citer The Matrix alaf baru ler.... Visual effect apa sumer memang superb lah!


Rating for Inception ( * * * *) 4 bintang tawww!!


Friday, July 16, 2010

Sombong ker??

Ada orang kate akak sombong.



Sombong ke?


Terkejut gak biler dengar comment macam ni. Mungkin la kan, aku agak kureng bercakap ngan makhluk ni. Tapi, dia kene gak muhasabah diri as to why?


So, aku dah dapat jawapan kenapa selama ni dia jarang nak bersembang ngan aku......tapi seperti ayat kijam aku berbunyi, “Hade haku kesah??”


Janji aku tak kacau ko, and yang paling penting, ko tak kacau idop aku, sudah....


Citer ngan besfren aku kat sekolah pasal mende ni, Kak Jah, and siler la dengar jawapan dia,


“A’ah, memang ko sombong pon. Ko cakap je ngan budak tu, memang aku sombong pun, jadi??”


Hahahaa......cayala Kak Jah! Yu feel me bebeh =))










Dah sampai dah....

Welcome home Mr Ed..



Introducing, for the first tym in Jalan Meranti......taraaa





Mr Ed....please meet everybody!







Akhirnya, sampai gak buah ati baru haku ni.....(buah ati sebab mahal kheennn.....hahahaa). Sila lah jangan tanya kenapa cat ghumah haku kaler tuh. Semula jadi hokay. Dah tuan tanah gedaung prefer kaler tu. Nak wat guano kheennn.






Harap-harap pasni usaha untuk menurunkan berat badan akan terus membara.


Kasi bakar! Yeaaahhhh.....