Sunday, September 26, 2010

Tired but......

Semalam pegi join trip ke KL....
Aku ni dah macam kene chartered plak....
Asal pegi trip je, mesti ada muke aku............
Adakah aku muka yang tatau malu?
Sentiasa berharap agar orang bawak pegi jenjalan??
Owh sangatlah tidak yeee......


Sesungguhnya, aku dicari kerana mereka merasakan aku ni takde commitment lain.....
Tak payah nak mintak izin keluar....
Tak payah nak uruskan anak-anak.....
Almaklum ler, BUJANG........
Alasan typical.......
So, kepada yang berkenaan, silerlah pinang aku dengan cepat!!!
Supaya aku boleh melarikan diri daripada tanggungjawab nie.....
(hahahaa......alasan je tu, padahal GATAI!!)


Macam besa, klu bawak bebudak ni penatnya jangan cakap lah....
Muleh jadi hypertensi tau...
Tambah-tambahan bawak ke tempat-tempat yang sangat public...
Susah betul nak control....
Bayangkan ada anak sampai 80.........
Mana nak pikir pasal makan derang lagi....
Mana nak pikir kat mana nak solat....
Kejap-kejap nak gi toilet lah, haus lah, penat lah, nak beli itu, nak beli ini.......
Pehhhhhh................muleh jadi gilos kalau tak sabar tau...


Apa pon, at the end of the day, nampak bebudak happy....
Rasa penat tu sumer ilang..........
Sampai umah memang aku pengsan ler...
Melarat sampai ke hari ni....
Kejenye asyik tido jeeee......
Patutlah cikgu bujang yang rajin diajak...
Klu dah kawin kesian kat laki aku kan.....
Sabor je la ye bang!!
hahahaaaa........

UPSR had ended.....yey!!

Well, satu beban tugas untuk tahun ni sudah berakhir....
Aku harap bebudak aku telah berjaya menjawab dengan sebaik mungkin...


Telah aku bekalkan mereka dengan kelengkapan yang cukup untuk menduduki peperiksaan......
Mereka juga sudah berusaha.....
Doa telah dipohon....
Restu juga sudah diberi....


Harapan aku moga mereka berjaya dengan cemerlang.....
Dunia dan akhirat.....
Jadilah kalian kebanggaan ibu dan bapa....
Kami guru-guru, hanya menumpang gembira....


p/s : Apsal sekolah aku salu tak dapat soklan spot ni?? sapa sabotage??? uwaaaaaa...........

Tensen

Lappy still rosak.....
Info terkini, Matron Norsiah melaporkan, lappy lama lagi kat kilang sebab banyak yang kene repair.....

Jadinya........

Susah ler aku nak update blog.....uwaaaaa!!

Friday, September 17, 2010

Gemuk salah....kurus pun salah...

Tengok pada heading entry, korang pon muleh agak aku nak citer pasai apa. Seperti yang semua sedia maklum, haku ni adalah makhluk comey yang sememangnya comey sejak azali. Aku pun, kekadang dah redha je dengan keadaan aku yang macam ni. Sebab aku pikir, 'There's no point to change and be somebody that you're not!'


Maybe, tu adalah ayat pasrah dan cliche bagi orang-orang yang tak mau berubah. Tapi tahukah anda bahawa, untuk membuat sesuatu perubahan adalah sukar. Dan mengekalkan perubahan itu adalah amat sukar! 
(dah macam soklan trivia plak ko ni Rehan).


Macam aku ni la kan. Bukannya takde nawaitu nak kurus. Bohonglah kalau aku kata aku tak nak jadi macam orang lain yang mempunyai berat badan yang normal. Dan tipulah kalau aku kata aku tak kisah dengan pandangan sinis orang terhadap orang yang macam aku ni.


Tapi bila sesuatu yang luar biasa tu telah menjadi menjadi suatu kebiasaan, automatically, kita akan bina some sort of mechanism untuk mengelakkan diri daripada disakiti. Sebab tu, banyak kajian menunjukkan, orang yang mentally tortured ni besanya akan menjadi heartless dan sukar meluahkan perasaan. So, siler lah faham ianya bukannya sesuatu yang disengajakan, tapi lebih kepada sesuatu yang sudah terbiasa.


Tahun ni sahaja, banyak yang telah aku lalui. Biler aku amik keputusan untuk berubah, dan start menghargai dan menyayangi diri sendiri pada Mac lepas, macam-macam dugaan dan cabaran terpaksa aku tempuhi. Kebanyakkannya memang menguji kesabaran dan ketahanan diri aku ni. Tapi, aku selalu pujuk diri sendiri sebab aku tau, tanpa usaha, manakan datang kejayaan. Lagipun Allah takkan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia sendiri berusaha untuk berubah.


Kekadang memang rasa nak putus asa je, biler banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Biler terpaksa korbankan tidur hujung minggu untuk berjoging. Biler terpaksa tinggalkan makanan-makanan yang aku suka. Biler terpaksa berhabis duit untuk beli Mr Ed. Itu belum lagi masuk bab orang-orang yang selalu memperkecilkan usaha aku ni. Tapi, aku hanya cakap kat diri sendiri. "Sabar Rehan. Pedulik apa pun orang nak kata. Janji ko tau apa yang ko mau!"


Biler dah masuk beberapa bulan, nampaklah jugak ada perubahan. Memanglah slow, tapi at least ada kemajuan. Result dia memang tak sama macam kalau kita gunakan produk pelangsingan. Kalau kita guna produk, 2-3 bulan memang muleh turun berkilo-kilo. Tapi risikonya pun kene amik kira jugak. Once kita berenti makan produk, berat boleh naik berganda-ganda, mungkin lebey dasyat dari sebelumnya.


Aku cakap ni pun bukanlah main bantai ikut sesedap rasa mulut aku aje. Aku bercakap melalui pengalaman. Aku memang dah penah makan banyak produk-produk pelangsingan ni. Sampai kekadang aku rasa, sangat membazir dan takut suatu hari nanti, bahan kimia dalam produk-produk tu akan effect kesihatan aku. Jadi adalah sangat tak berbaloi mengorbankan kesihatan demi untuk turun beberapa kilo.


Sebab tu aku decided untuk diet sendiri. Tu pun masih ramai yang memperkecilkan usaha aku ni. Boleh ke ko ni Rehan? Larat ke? Jangan-jangan hangat-hangat tahi ayam aje tak? Tapi tu sumer aku tak amik pot, sebab aku tau, aku ada kesabaran, aku ada usaha, dan aku ada keazaman. Tu lah aset yang telah berjaya aku pupuk setelah 28 tahun gemuk!


Biler usaha dah menampakkan hasil, tetiba ramai plak yang datang nak menempek. Tu aku taklah kisah sangat, sebab memang dah adat manusia, suka mende yang cantik dan sempurna. Tapi aku jadi sangat terkilan biler ada yang masih enggan menerima usaha aku ni sebagai suatu kejayaan. Apa yang aku buat selama 6 bulan ni macam langsung tak dihargai. Siap ada yang sindir, dan menyatakan rasa tak puas hati.


Macam yang pernah aku tulis kat entry aku yang lepas; Yang gemuk kan aku? Yang nak kene diet kan aku? Yang nak kene control makan kan aku? Yang nak kene berlari-lari hippo kat ataih Mr Ed masih jugak aku! So, apsal orang lain plak sibuk-sibuk pasal gemuk ke atau kurus ke aku ni! Ada aku mintak korang support bagi duit untuk usaha aku selama ni ???


Kalau tak de......just shut your mouth.


If you want to help just be supportive, if not, just simply be a human and stop expecting perfection. Cos nobody is! Saje je wat entry emo di hari raya. Maaf jika ada yang terasa. Dan pada yang memahami dan sentiasa menyokong, tiada kata lain yang boleh aku ucapkan melainkan.....terima kasih!

Nota kaki : 90% gurauan itu lahir daripada rasa hati yang tidak mau dinyatakan secara direct!

I need to...

I need to accept the goods and the bads.....

I need to learn how to forgive and forget.......

I need to not being selfish....

I need to be strong...

I need to stop crying....

I need to let go.....



cause......

I need to have a peace of mind......

Udah sampei

Balik Yong Peng Rabu aritu....
Gagah jugak balik awal, walaupun tau Khamis still cuti lagi...
Kunun-kunun budget tak moh sangkut jam...
Nengok-nengok memang tak jam pon...
Sembang ngan member dari KL yang balik ari Khamis, dia pun kata ari Khamis tak jam....
Ceh, kalau aku tau, tak kose haku nak balik cepat-cepat tau!

Tapi takpelah, ada gak pekdahnya balik awal ni...
Muleh rehat lama sket kat umah....
Penat woo drive jauh-jauh....
Sorang pulak tu...
Klu 2 tahun lepas macam tak kisah....
Redah je drive jauh-jauh, walaupun tau sok nya dah masuk keje....
Tapi tak tau la tahun ni apsal.......
Drive sejam dua pun, badan dah sengal-sengal.....
Mungkin dah tua kot....owhhh.....TIDAKKK!!

Nak tunggu orang offer jadi supir pun....HAREMMM!
Takde yang apply pon.....uhuhuuu.....cedey! =((
Kekadang pikir-pikir, klu ikut kan hatiku yang gonjeng ni, aku nak je apply transfer bulan 9 ni....
Lantaklah........even though aku tak confirm lagi.......Pedulik!
Janji hati aku senang....
Bukan ada orang kesah pon perasaan aku kat sini...
Klu nanges pun, still sensorang jugak!

Tapi, sebab akal aku masih waras.....
Jadi Rehan.....sabar banyak-banyak ye...
InsyaAllah kalau ada rezeki, pindahlah ko nanti....

Owh sebelum terlupa, ada kejadian yang hampir meragut nyawaku, literally.....
Masa drive balik aritu, aku memang ngantuk giler....
Especially, biler dah lepas KL....
Ada gak terpikir nak benti kat R&R and tido dulu....
Sebab siyusly, even dah lepas telan Pearl Kacik Kak Timah pun, aku still ngantuk tahap gaban!
Tapi dok pikir balik, aku ni sensorang....bahaya gak klu aku tido dalam kete sensorang kat R&R tu.... 
Nak tak nak, gagahkan lah jugak diri drive menuju Yong Peng terchenta itteww!

As usual, klu ngantuk, ubatnya drive laju...
Aku dah males nak pikir kene saman ekor ke, saman tinge ke, saman idong ke.........
Lantaklah! Janji aku sampai umah dengan segera.....
Biler lepas intersection Tangkak je, ngantuk aku dah tiba tahap cronic...
Sampai aku takleh nak agak jarak kenderaan depan...
Tambahan pulak aku memang ada silau yang tinggi hamat...
Lagi lah wat aku nampak kete depan tu macam kunang-kunang je....

Biler dah dekat ngan kete depan, aku pun hape lagi, ready la nak potong....
Cek side mirror, tengok ada kete ke tak.....OK je line clear.... muleh potong ni....
Tapi biler aku pandang depan balik, tengok kete depan tu dah sangat hampir.....
Oleh kerana tangan aku dah ready nak tarik steering ke kanan, so aku tarik steering ke kanan dalam keadaan panic....
Tak terpikir pon nak tekan brek masa tu...
Kaki plak terus je pecut pedal minyak, sebab dah budget nak potong tadi kan.......
Muleh bayangkan tak betapa kete aku tadi terhuyung-hayang kat tengah-tengah jalan....
Sib baik last-last, aku dapat control....klu tak memang dah kene hentam la jawabnya......
Klu tak kene hentam pun, aku yang dihentam......

So, moral of the story is, klu korang ada niat di hati nak drive jauh lebeh dari 300km....
Siler lah cukup tido dan prepare mental, fizikal dan emosi untuk perjalanan yang jauh...
Lagi-lagi klu kene drive sensorang macam aku ni.....HAZABB tauu!

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini mengharungi ujianMu yang satu ini...
Mudah-mudahan ada kebahagiaan untukku dihujung jalan ini.....amin....

Tuesday, September 14, 2010

Grown Ups

Siang tadi melayan citer ni ngan budak kecik


Sebagai peminat kipas susah mati Adam Sandler, aku rasa citer dia kali ni best bangettt.....Aku adalah sangat enjoy!! =)) Walaupun, mungkin ramai yang mengatakan lawak-lawak Adam Sandler kebanyakannya slapstic, plastic mista loba loba.... tapi pedulik!! Bukannya derang yang nak bayarkan duit tiket haku pun khenn??




Kebanyakan citer-citer Adam Sandler ni of course la berunsurkan comedy. So, Grown Ups ni pun tak terkecuali. Walaupun, jalan citer dia predictable dengan unsur-unsur lawak yang sangat cliche dengan Adam Sandler, still aku rasa citer dia kali ni agak smart dan kemas. Besalah, dah namanya Adam Sandler, dia mesti amik side kick- side kick dia berlakon sekali. Mungkin senang kot dia nak keje ngan derang ni sebab dah kenal fiil masing-masing. Ala, macam Afdlin Shauki kat Malaysia ni ler. Asai wat filem je, mesti ajak AC, Hans Isaac and Awie berlakon sekali. Samalah concept dia ngan Adam Sandler ni.


Citer Grown Ups ni basically mengenai 5 orang sahabat yang berkawan sejak kecik dan terpisah biler masing-masing dah besor dan ada life sendirik. Derang ni berkumpul semula, biler coach basketball derang masa kecik tu meninggal. Kiranya, nak bagi penghormatan terakhir. Permintaan terakhir coach tu plak ialah untuk derang ni tabur abu dia kat tasik tempat derang salu berkumpul dan bermain masa kecik-kecik.





Masa kat tasik ni lah mereka berlima ni bonding semula. Siap anak-anak pon join sekaki. Akhirnya, of courselah happy ending kan. So, sesapa yang nak hiburkan hati ngan tonton citer yang tak terlalu berat, muvi ni sangat sesuai menjadi pilihan.










Nota kaki : Teringin nak tengok citer 50 first dates. Best romantic comedy ever!

Review for Grown Ups (* * * 1/2 *) 3 bintang setengah so strongly recommended

Step Up 3

Khamis sebelum balik cuti aritu, sempat lagi berfoya-foya ngan MA dan 'tertengoklah' citer ni.....

 Sebab-sebab haku menonton citer ni ialah;

1. Aku dah tengok Step Up 1 dan Step Up 2. Walaupun aku layan gitu-gitu je citer dia, tapi kira oklah jugak kalau nak buang duit 9 hinggit nengok sequel yang ketiga plak.

2. Memang dah takde citer lain yang lebey menarik. Nak tak nak, nengok ler jugaks....

Permulaan jalan citer dia agak slo-mo sket. Tapi lama-lama bolehlah tahan interestingnya. Cuma, jalan citer agak predictable dan takde elemen surprise. Basically, apa yang kita agak-agak akan jadi, akan terjadi at the end of the muvi.



Pelakon-pelakon pun ramai yang tak familiar, cept for yang memang berlakon Step Up 2 dan beberapa muka dancers yang menari untuk video clip artis popular. Yang banyak menyelamatkan citer ni dari terus dirundung keboringan melampau ialah coreography tarian yang sangat menarik dan up-to-date (eceh....macam ler teror menor bab-bab menari ni! ;p).



Scene yang paling gempaq ialah mase final battle. Memang marbelles abes dia punya dance. Terpegun gak haku nengoknya. So, overall citer ni kira muleh layanlah.....

Review for Step Up 3 ( * * * ) 3 bintang....ok ker??

Sunday, September 12, 2010

Spaghetti gonjeng ala Rehan

Semalam masak mende neh.......







Dalam mamai-mamai pon, gagah la jugak aku masak.......

Mana taknya, pagi-pagi lagi belum sempat pun system aku sedia nak bangkit dari peraduan, Matron Norsiah dah terjah masuk bilik...........


"Kakak, cepat bangun masak spaghetti. Nanti abang nak balik takut tak sempat nak makan".


Adeh........."Baik maa....."

Yang peliknya, haku boleh terus bangun, turun pegi dapur, tak pikir hape-hape dah. Kalau ada la mak mertua aku kat umah, mesti muleh pingsan nengok menantu turun dapur dengan keadaan yang serabai yang amat ..............ekekekeee....... ;p

Setelah dekat 3 jam kat dapur...........siap gak spaghetti poyo ala Rehan.....

Gambar tak sempat nak snap, sebab budak kecik tu dok ulang makan tak henti....
Tengok-tengok je dah abes

Saturday, September 11, 2010

Fatigue

Penatnye arini..............adehhhh!

Seperti besa, menurut tradisinya, setiap kali raya kedua, aku sekeluarga akan balik ke Perak.
Ziarah sanak sedara belah Matron Norsiah plak.
Tahun ni convoy 2 kereta dengan my big bro, since tahun ni giliran beraya dia adalah belah kitorang.

Mase singgah bekpes kat R&R Juru, Matron Norsiah baru bagitau yang adik-beradik dia ajak kami pegi melawat tok sedara yang sakit kat Tanjung Malim. Tok sedara tu sebenarnya kembar kepada arwah nenek aku. Ye, arwah nenek aku belah Matron Norsiah kembar dan arwah abah aku pun kembar. Jadi, untuk matapelajaran Biology arini, chances untuk aku dapat anak kembar adalah tinggi. Sila ambil nota ye =)).

Eh, selingan plak...............okay, berbalik pada cerita aku arini.

Dengar je kene pegi Tanjung Malim, aku dah mule tarik muka. Bukan per, Tanjung Malim tu agak jauh. Penat ooo nak drive sensorang. Lagipun tym tym raya ni gerenti kete banyak. So, confirm takleh bawak laju. Silap-silap bole sangkut jam wooo......macam penah jadi tahun lepas. Aku tak sanggup!!!

Tapi, sebab aku dah janji dengan diri sendiri, yang tahun ni aku takmoh dah sentap-sentap. Tak nak layan sangat mood berayun haku ni. So, dengan murninya, aku pun memberi jawapan paling diplomatik kat Matron Norsiah.

Aku kata, "Terpulanglah. Kakak ikut je".

Ikhlas atau tidak statement tu, belakang citer. Janji aku tak marah-marah sebab mende kecik macam ni kan, walau di dalam hati haku ni dah start api-api ketensenan!! Tapi Matron Norsiah tak bagi kata putus lagi, sama ada nak pegi atau tak. Dia tanya my big bro, dia pun bagi jawapan sama ngan aku. Aik, tiru nampak bang. Mana bole! Cari lah ayat lain. Nampak sangat ko pun tak ikhlas kan?......ekekekee...... Takpe bang, I feel yu bro!

Agenda ziarah kubur arwah nenek dan pegi umah pak cik aku kat Kampar masih diteruskan. Masa kat umah pak cik aku tu lah Matron Norsiah wat keputusan nekad, tak yah pegi lah Tanjung Malim tu. Sebab dia takut tak sempat nak singgah kampung kami kat Kuala Kangsar melawat mak cik aku plak. So, kitorang just tunggu adik-beradik Matron Norsiah yang lain sampai kat umah pak cik aku tu, salam salam mintak maaf bagai, baru kitorang pecut ke Kuala plak.

Selesai ziarah mak cik aku kat Kuala Kangsar, energy aku dah sangat low. Sebab sepanjang jalan kat hiway tadi, kete punyalah banyak. Walaupun tak jam, tapi still penat sebab kene rajin tekan brek dan tak leh nak pecut. Masa sepanjang jalan balik ke Penang plak, kete makin banyak kat hiway tu. So, bayangkanlah kaki aku kene semakin rajin tekan brek.

Sesampainya kami kat Penang bridge, sangkut plak dalam jam! Tatau lah apa masalah. Tapi masa dengar kat radio, katanya ada cabel electric terbakor kat jambatan tu. Yang lagi menensenkan aku, bila Jason kene langgar dari tepi. Dengar dari dalam kete macam sikit je. Ntahlah, aku pun tak sempat lagi nak check apa yang kemik. Sok ajelah aku bega si Jason. Tak daya tau!! Masa kene tu, nak turun setle luar macam tak logic plak. Sebabnya, jalan jam teruk, kete banyak, dan mende tu jadi kat ataih jambatan. So, biorlah, aku pun dah redha aje. Cian buah ati aku tu.....uhuhuhuuuu

Sejam ataih jambatan baru dapat kuar dari jam tu. Then, Matron Norsiah plak ajak singgah Giant beli barang dapur. Ikutkan ajelah, sebab kalau dia ajak kuar esok, lagi akak tak dayo!! Biarlah penat ni sekali harung aje. Abes citer!!

Sampai umah dah kul 9.00 lebih. Adalah memberitahu, AKU SANGAT PENAT hokayy! Dan yang lagi tensen, mata aku takleh pejam sebab badan adalah sangat penat.........tolooooonggggg!!!!

Friday, September 10, 2010

Salam Aidil Fitri

Hari ni 1 Syawal..........
Maknenye hape hanak-hanak??

Raya.....raya....rayaa............

1 Syawal tahun ni aku sambut secara sederhana je. Almaklum, ekonomi tak mengizinkan. Lagipun, raya kali ni aku rasa tak seexcited dulu-dulu. Adakah ini menunjukkan aku dah tua?? uhuhuuu.....mungkin jugak kot... Baru sedor diri nampaknya akak ni dah tua bangka ;p

Tapi takpelah, sib baik sempat sedor diri. Bak kata jiran aku, better late than never......

Macam besa, tugas utama kalau aku balik kampung ialah jadi driver tak bergaji. Kalau musim-musim raya macam ni maknanya tugas aku jadi double, kekadang triple tau. Maklum ler, Matron Norsiah tu, macam-macam tempat dia nak pegi. Sampai nak shopping pun gagah jugak ajak aku ke Sungai Petani semata-mata nak beli tudung ngan carpet. Sib baik la I lap yu very strong mama, klu tak.......oooooooooopppsss.... tak baik, tak baik.....derhaka!!

Kalau lah aku ni ada satu permintaan yang boleh ditunaikan dengan kadar segera, aku nak seorang supir tanpa gaji yang boleh drive aku ulang-alik Johor-Penang, pastu bawak Matron Norsiah gi jenjalan kemana-mana tempat je yang dia nak. Siyusly, aku DAH TAK LARAT sangat sangat nak drive. Tengok steering pun ada rasa macam nak muntah darah taww!!

Ni sumer sebab aku dok jauh. Haa....tengok Pak Muhyiddin. Napalah, aku dicampak posting jauh benor dari kampung halaman. Sekarang ni aku dah tak mampu nak drive, haaa sape nak jawab?? Takde plak tu insuran yang boleh kaber penyakit kurang daya tahan untuk drive. Kalau ada, aku la orang pertama yang akan join. Dapat gak aku claim hape-hape yang patut =((

Tengok hiway pon aku dah meluat tau! Kalau bagi aku quiz pasal hiway PLUS dari Yong Peng ke Penang, confirm aku menang 1st prize punya. Siap bole bagitau lagi kat mana ada R&R, R&R mana yang best, kat mana ada intersections. Cuma aku tak sempat nak kira ada berapa banyak signboard aje. Kalau dapatlah aku kira berapa banyak signboard yang ada sepanjang perjalanan, confirm aku masuk Malaysia Book of Record....ekekee......muleh kaa??

Mengapakah arini aku bebel pasal driving??

*
*
*

 Sebab sok aku kene jadi driver balik beraya kat Perak plak.......uwaaaaaa mencik....mencikk!!!

Nota kaki : Kekosongan jawatan supir tanpa gaji akak masih dibuka. Siler lah apply. Selamat Berjaya!! ;p

Tuesday, September 7, 2010

Farewell

Sedar tak sedar, lagi 2 hari kita nak tinggalkan Ramadhan......
Ntah kenapa, hati aku jadi sayu plak. Bukan apa, hanya memikirkan, sempat atau tidak, aku nak jumpa Ramadhan akan datang...
Kalaulah ditakdirkan Ramadhan ini yang terakhir bagiku, adakah ianya yang terbaik untukku??

Adeh.....tetiba je nak wat entry ustazah di hari Selasa...

Bukan apa, selama ni memang banyak dosa-dosa yang sengaja dan tak sengaja aku lakukan.  Almaklum, aku ni manusia serba kekurangan. Selalu terlupa. Kerap tersilap. Harap-harap Ramadhan ni dapatlah mengkhilafkan sedikit sebanyak dosa-dosaku itu....

Tahun ni, walaupun cuti raya panjang, tapi aku tak se excited macam raya tahun-tahun lepas. Even sekarang ni, dah dekat-dekat nak raya, ditambah pulak aku dah berasa di Kampung, disamping family terchenta.......entah kenapa, mood raya tu masih belum datang =((

Tatau la, whether it's a good thing or not!

Apa pun......lagi dua hari Ramadhan akan berlalu. Rebutlah peluang ini untuk terus beribadah dan memohon seribu rahmat dan keampunan dari Nya......nasihat untuk diri sendiri ye.....uhuhuuu....




Monday, September 6, 2010

Balik Kamponggg!

Jumaat lepas bunyi je loceng kul 12 tengah hari........aku pun hape lagi....gigil-gigil ready nak pecut Jason balik kampung..

Kalau selalu, aku akan balik umah dulu mandi, tukar baju bagai. Tapi kali ni takde masa hokay! Malam Jemahat tu lagi aku dah siap loading sumer barang masuk dalam kete. Excited nak balik la katakan. Kunun-kunun tolak awal, muleh lah sempat buka pose kat umah. Berangan la ko Rehan oii!

Kali ni aku balik ada sorang cikgu tumpang sekali. Dia orang Gopeng and dia mintak tolong aku drop dia kat Gopeng on the way ke utara nanti. Pastu adik sedara aku kat Sek Men Sains Muar plak call malam Khamis lepas mintak tumpang balik.

Oleh kerana akak adalah seorang yang berhati mulia (mulia la sangat!), makanya aku pun dengan senang hati menumpangkanlah mereka ini balik ke kampung. At least ada gak aku teman dalam kete walaupun separuh perjalanan aje.......

Dari Yong Peng terus pecut ke Muar, pastu terus naik Highway kat Tangkak. Sangap giler aku bawak kete tengah hari rembang neh. Dah lah pose. Kalu tak leh gak aku hirup Nescafe barang setin dua, bagi ubat ilang mengantuk. Tapi takpelah, inilah cabaran orang yang berpuasa. Sabar.....sabar....

Laju gak aku pecut, sebab ingat nak singgah banyak tempat kan. Benti jap kat R&R Tapah, isi minyak dan solat, pastu sambung balik journey. Singgah Gopeng, antar member aku then Ipoh antar Kazen. Sib baik lah dia mintak drop kat umah abang dia aje kat Ipoh tu. Kalau ler aku kene masuk kampung aku kat Sungai Siput tu, harus aku bermalam aje kat sana. Takut wooo nak drive balik sensorang dari Felda Lasah tu....Ngeri!! 

Kuar aje Ipoh, bermula la sesi driving secara solo. uhuhu....cedey tau. Penatnya toksah cakap lah. Siap nak patah pinggang dibuatnya. Lenguh!

Sib baik la hiway kete tak banyak. Kalau tak, bertambahlah angin pusar aku satu badan. Buka pose dalam kete aje. Masa kat Ipoh, kazen aku ada bekalkan kuih dan air tin. Jadilah, buat alas alas perut.

Sampai Penang, as always, kalau tym tym kul 8.00 - 9.00 nih, memang ada possibility nak sangkut dalam jam. Sejam stuck dalam jam, dan setelah hampir ilang kesabaran, akhirnya sampai gak aku kat umah dengan selamat. Alhamdulillah. Kepada yang mendoakan kesalamatan aku sepanjang perjalanan, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah aje yang dapat membalasnya.......amin...

Lappy rosak =((

Dah lama tak update blog....

Main reason.....lappy sakit, masuk spital......baru tadi gi antor repair.....uhuhuu

Ingatkan kene serang virus besa, reformat pastu okay.........Ghupa-ghupanya lagi teruk condition dia...

Sebab lappy still under warranty, so outlet tu kata derang nak antor lappy masuk kilang balek, check hape-hape yang patut.....

Dan.....dannn....

Tempoh menunggu adalah 2 minggu....uwaaaa....camne neh?? Sempat ke aku nak amek lappy seblom balek Johor..........cedey cedeyyy =((

Wednesday, September 1, 2010

Meh layan gambor

Disaat-saat takde idea nak wat entry hape.....meh ler kita layan gambor =))



Entry bergambor kali ini juga adalah untuk meredakan controversy entry-entry yang lepas....... ekekee..... controversy la sangat.......


Ngalahkan wartawan Melodi je ko ni Rehan! (jangan mare ye yu).







 Ni gambor minggu lepas tym aku jadi guru bertugas. Tym ni tengah tunggu pintu pagor, tapi sempat lagi posing. Sebelah tu nama dia Kak Eton ustazah yang poyo. Sangat kecoh dan sangat keypoh. Tapi, aku sangat rapat ngan dia sebab dia sangat caring. Almaklum, aku kan seorang yang manja (silerlah muntah disitu....uwekkk). Apa pun, I sayang yu Kak Eton sangat manyak tauuuu....





 Ni plak tym aku takde idea nak ajor apa. As always lah kan, modal dia, bawak bebudak pegi luar suruh derang wat aktiviti secara berkumpulan.





 

Kali ni aku suruh derang wat kotak sifir. Kunun-kunun kumpulan yang menang nanti aku nak bagi duit raya. Alasan je tu.......saje nak bagi derang ni bersemangat sket wat keje. Sebenarnya, aku memang dah ada budget nak bagi bebudak ni duit raya pon..... Apa pun bebudak ni adalah sangat comey.......... Cayang sangat sangat kat depa......











 Yang hat ni plak gambor siang tadi masa rehearsal majlis Khatam Quran..... layan je la eh...






 Ngan Ecah yang comey.....



 Ni aje lah entry aku untuk arini. Sangat tak berkualiti hokay....tapi, pedulik la..... ada haku kesah?? Muahahahaa.........

=))