Ermm...sentap lagi nampaknya!!
Bila kita berada di atas, jangan lupa untuk pandang ke bawah...
Sebab, kita juga pernah berada di bawah...
Dan berkemungkinan suatu hari nanti kita akan kembali ke bawah...
Ditujukan khas pada mereka yang memegang jawatan pentadbir...
Bersikap profesional adalah merupakan salah satu attribute yang perlu ada dalam diri anda...
Jangan benarkan emosi menguasai pemikiran dan keputusan anda...
Kelak, orang-orang yang berhak akan berasa teraniaya....
Baru-baru ni aku rasa sangat terkesan dengan kata-kata pihak pentadbir...
Hanya kerana, seorang hamba Allah di tempat kerja aku yang telah membuat onar dan menyakitkan hati beliau...
Habis semua orang yang tak berkaitan terbabit sama...
Tak ubah ibarat marahkan nyamuk abis kelambu dibakar....
Di bulan puasa ni, malas nak bercerita keburukan orang...
Cuma apa yang aku harapkan...
Sekiranya aku berada di pihak yang benar...
Mudah-mudah Allah permudahkan segala urusan aku...
Dan kepada yang berkaitan...
Terima kasih kerana telah membuat hidup orang lain terkesan sama...
-SEKIAN-
Proof of onward travel
9 years ago

0 comments:
Post a Comment